Pengawalan diabetes
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
- Penjagaan pemakanan dan berat badan
- Kerap bersenam
- Pengubatan
- Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :
- Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
- Jenis rawatan yang diterima?
- Dimana hendak mendapat ubat?
Makanan
- Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis.
- Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan.
- Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian
Panduan makanan
Makanan yang patut dielakkan
- Gula
- Gula melaka
- Coklat
- Jem
- Madu
- Sirap
- Aiskrim
- Biskut-biskut yang manis
- Susu pekat
- Minuman ringan
- Gula-gula jeli
Makanan yang patut dikurangkan
- Nasi
- Roti
- Ubi kentang
- Ubi keledek
- Ubi kayu
- Jus
- Kelapa
- Daging kambing
- Buah-buahan jeruk
- Bahan-bahan tenusu
Makanan yang boleh dimakan dengan bebas
- Serbuk lada
- Rempah-rempah
- Serbuk kari
- Cecair – air,the, kopi,jus tomato dan limau, sup cair
- Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.
Penjagaan berat badan
- Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk
- Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa ,menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun
Kalau anda gemuk
- Kurangkan makanan!
- Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak
- Bersenamlah selalu
Senaman
- Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun.
- Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik
- Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman
Mengelakkan jangkitan
Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :
- Selalu menjaga kebersihan diri
- Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak
- Mandilah selalu
- Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
- Jaga kebersihan gigi
- Menjauhkan diri dari kecederaan
- Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
- Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
- Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
- Berhati-hati semasa bercukur
Penjagaan kaki
- Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda
- Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
- Jangan pakai kasut yang ketat
- Sentiasa urutkan kaki anda
- Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit